Buah Lian


Guru Utama





Biodata Ayahanda Guru Utama

Seni Buah Lian diasaskan oleh Ayahanda Cikgu Mael.

Nama sebenar beliau adalah En Ismail Hj Mohd

Dilahirkan di Merang Setiu Terengganu pada 31/12/59
...
Beliau membesar dalam keluarga darah pendekar dari keturunan Tuk Janggut
Merupakan anak keempat daripada 6 adik beradik.

Mula berjinak dalam ilmu seni beladiri seawal umur 11 thn.
Di antara pendedahan awal yang beliau dapat ketika itu adalah silat lian dan juga tomoi.

Beliau juga mendapat didikan secara tidak formal Silat Gayung daripada Abang beliau sendiri yang merupakan seorang Guru Gayung di Kampung Cik Razali, Batu 4 , Kuantan. Abang beliau tersebut pernah berguru secara terus dgn Arwah Mat Kilau

Pada januari 1979, mula berkhidmat pegawai polis di Kuala Lumpur

Selepas tamat latihan, beliau telah diserapkan sebagai Jurulatih Latihan Luar di Pulapol Kuala Lumpur.
Semasa beliau bertugas sebagai jurulatih, beliau pernah mengikuti kursus seni silat polis. Kemudian beliau mempelajari Judo dan seterusnye tinju

Beliau pernah menyertai byk pertandingan tinju amatur dalam negeri ketika itu

Pada 1984 beliau berhijrah ke Johor Baharu dan diserapkan ke cawangan D9

Semasa di Johor Baharu, beliau telah mempelajari taekwando anjuran polis johor yang dilatih khas oleh Jurulatih dari Korea , iaitu Mr Park

Di Johor Baharu, beliau telah mempelajari Silat Pukulan Kaedah Campur Daerah (Dikenali sebagai pukulan mat kelang ketika itu) daripada Allahyarham Pak Mat Paip aka Mohd Hanafi

Kemudian beliau mendalami ilmu Buah Pukul Mersing di Kluang daripada En Mansor 
Bin Majid(Dikenali oleh Abg Mansor) yang merupakan adik ipar kepada Guru Pak Andak Wahab. En Mansur mempelajari Lian dari Pak Andak Wahab sejak berumur 13 tahun. Beliau sering dibawa ke gelanggang Pak Andak Wahab untuk mempersembahkan lian kepada murid-murid Pak Andak Wahab.

Dari situ abang Mansur telah memberi keizinan dan perakuan untuk mengajar Buah Pukul Mersing dan kemudian Cikgu Mael mendaftar Seni Buah Lian pada tahun 2000 dan terus bergerak aktif dipinggir bandar Kluang

Setelah lebih 10 tahun di Kluang kini beliau menggerakkan Seni Buah Lian ini di Lembah Klang iaitu Puchong

Selain daripada mempelajari ilmu beladiri secara zahir, beliau juga telah mempelajari banyak ilmu kebatinan dan ketuhanan daripada guru-guru tertentu

0 comments:

Post a Comment