Buah Lian


Guru Utama dan Cikgu Hafiz

Ayahanda Cikgu Mael dan Cikgu Hafiz

Pendekar Seni Buah Lian Puchong

Barisan pelatih, Jurulatih dan Guru Utama Seni Buah Lian

Sesi Latihan

Sesi latihan Seni Buah Lian Puchong

Monday, October 8, 2012

Persembahan Di Puchong




Seni Buah Lian ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Belia Komuniti Puchong kerana menjemput kami untuk melakukan demonstrasi silat bersempena Pertandingan Amal Sepak Takraw Belia, Peraduan Mewarna Kanak-kanak dan Pertandingan Karaoke yang dianjurkan pada 7 Oktober 2012 bertempat di Kampung Tengah, Puchong.

Layanan mesra yang diberikan amat kami hargai. Tidak lupa juga sumbangan hamper yang diberikan kepada Ayahanda Cikgu Ismail Bin Hj Mohd.

Seni Buah Lian telah berjaya mempersembahkan Lian 4 penjuru tangan kosong, Lian tekpi 4 penjuru serta asas tempur tangan kosong.

Sila masuk ke lama Facebook kami untuk mendapatkan lebih banyak gambar-gambar serta video persembahan.


*Gambar atas (ketika persediaan sebelum persembahan demonstrasi)




Monday, September 24, 2012

Pengambilan Ahli Baru Seni Buah Lian

Salam Lian,


Seni Buah Lian merupakan salah satu aliran Buah Pukul Mersing aliran Pak Andak Wahab. Setelah lebih 10 tahun bertapak di Kluang, kini hampir 2 tahun Seni Buah Lian telah dibuka di Lembah Klang iaitu di Puchong.

Seni Buah Lian sedang membuka pengambilan baru bagi kemasukan November 2012. Gelanggang kami bertempat di Alam Idaman, Taman Tasik, Puchong (Berdekatan George Kent). Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Ayahanda Cikgu Ismail - 019-7231014 
Hafiz - 017-7805244 
Azha - 019-7575618 

 Latihan kami diadakan setiap Isnin dan Rabu jam 9 malam. Kedatangan anda amat dialu2kan. Terima Kasih


Monday, August 27, 2012

Salam Aidilfitri







Kami dari Persatuan Seni Buah Lian ingin mengucapkan 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir Batin 

kepada semua umat Islam serta kepada semua perguruan silat serta buah pukul di Malaysia ini. 



Salam Ikhlas dari Seni Buah Lian




Sunday, August 5, 2012

Majlis Berbuka 2012


Salam Lian,

Pada tanggal 5 Ogos 2012, Seni Buah Lian telah mengadakan satu majlis berbuka bertempat di Village View, Bandar Baru Bangi. Walaupun terdapat beberapa ahli tidak dpt hadir kerana masalah kerja, majlis tetap berjalan dgn lancar.

Majlis tersebut telah berjaya mengumpul ahli2 Seni Buah Lian Puchong serta keluarga masing2 dalam suasana yang harmoni.

Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.



Friday, June 29, 2012

Salam Pengenalan




Salam pendekar,

Hari ini saya dgn rendah hati telah melancarkan blog Seni Buah Lian yang baru sahaja siap di edit....

Alhamdulillah...semoga perguruan Seni Buah Lian akan terus maju jaya...


Seni Buah Lian